Wednesday, March 30, 2016

Tentang dia

Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati
sempat terfikir utk kembali, walau beda akan ku jalani
tak ada niat utk berpisah dengan mu
Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati
apakah sama yang ku rasa ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat utk berpisah dengan mu

jika memang masih bisa mulut ku berbicara
santun kata yg ingin terucap kan ku dengar caci dah puji diri mu pd ku
kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali, seumpama ada jln utk kembali.....

antara lagu yang membuatkan  aku selalu menangis..setiap bait kata2 dlm lagu tu mmg terasa benar spt perjalanan kisah cinta silam ku...seumpama ada jln utk kembali.......

Assalamualaikum...sejak 2,3 hari ni aku teringin sangat utk coretkan sesuatu setelah coretan ku yg terakhir 4 tahun yg lalu ..Semuanya gara2 tragedi MH370. MH370? Apa kaitanya pulak dgn kisah aku?  Aku ingin coretkan sesuatu yg aku rasa..sesuatu tentang seseorang...sesuatu 'tentang dia'. ...siapakah 'dia' itu ?....

Tahun 1991 - di Sek Tinggi Melaka, aku antara pelajar yg bertuah terpilih utk bersekolah di sini dan di sinilah segala2nya bermula. Aku melangkahkan kaki ke STM sbg pelajar tingkatan 6. Di STM pelajar perempuan adalah golongan mainoriti sebab hanya di tingkatan 6 sahaja ada pelajar perempuan, bagi tingkatan 1 hingga 5 semuanya pelajar lelaki. Aku lalui hidup sbg budak sek di STM dlm dunia yg serba baru sebab sebelum ni pun aku bersekolah di sek men perempuan so memang takde langsung pengalaman bergaul dgn bebudak  lelaki. Lagi pulak dulu2 bukan mcm budak sek skang yg semuanya bebas takde segan silu antara lelaki perempuan. Tapi lama kelamaan aku semakin boleh membiasakan diri dan semakin selesa, seronok bersekolah di sini. Satu hari ada cikgu minta sesiapa yg boleh volunteer utk menjadi wakil utk mengambil hadiah bagi murid yg tak hadir ke sekolah bagi acara penyampaian hadiah tahunan. Aku yg masa tu memang sedang cuba utk meningkatkan self confident (aku mmg seorg yg pendiam n pemalu) setuju utk menjadi volunteer utk acara tu aku bersama dgn seorg teman ku Shila. Pada hari penyampaian kami diarahkan utk standby di belakang pentas bg menunggu giliran mengambil hadiah sbg wakil utk pelajar yg tak hadir. Semasa sedang menunggu tu aku jadi begang sebab kebanyakkan yg ambil hadiah tahunan tu semuanya pelajar bukan Melayu baik utk hadiah akademik,sukan ataupun kokurikulum. So sedang aku tgh membebel kat Shila pasal hal ni tetiba aku terpandang seorg budak lelaki Melayu yg lengkap berpakaian seragam Rotu. Aku tengok dia mcm cemas semacam je aku rasa dia nervous nak naik pentas tu mana taknya dia je satu2nya pelajar Melayu yg ada kat situ utk ambil hadiah. Tapi hati aku tetiba rasa seronok sgt bila terpandang dia..finally ada juga budak Melayu yg naik pentas. Dia perasan bila aku dan Shila pandang dia...masa dia tgk ke arah kami aku terus senyum kat dia dan bg thumbs up kat dia tanda aku sokong dia dan sbg ucapan tahniah.Dia hanya sengeh2 jer mungkin dlm hati dia pelik dgn perangai aku tu ialah bukanya dia kenal aku pun. Masa tiba giliran dia utk ambil hadiah dia lalu di depan aku dan shila masa tu aku sempat ucap kat dia 'tahniah dik' ...'adik'? yup sebab dia muda setahun dr aku..hehehe. Sebabkan beza umur setahun tu jugalah yg buatkan aku begitu daring tegur2 dia senyum2 bagai lagi siap ucap tahniah kononya sbb bebudak dr aku so apa yg nak disegankan lain arr kalau senior mmg taklah jawabnya aku nak beramah mesra camtu..kan ke aku ni pemalu orgnya..huhuhu. Dia sempat juga balas ucapan aku tu dgn sengehan dan ucapan terima kasih hehehe. Itulah dia pertemuan kami yg pertama kalinya .  So setakat tu je kisah aku dan dia di acara penyampaian hadiah tahunan tu. Aku takde langsung simpan dlm hati utk kenal siapa budak Rotu tu tadi sbb aku mmg ikhlas senyum kat dia, ikhlas bg thumbs up kat dia dan ikhlas ucap tahniah kat dia semuanya sebagai tanda sokongan kat dia sbg satu2nya budak Melayu yg dpt naik ke pentas tu.kalau kita ikhlas dgn perbuatan kita  biasanya kita tak kan ingat lagi apa2pun yg kita dah buat sblm tu kan.

       Hari2 selepas itu semuanya kembali mcm biasa. Tetiba satu hari sorg kawan kelas aku N atau lbh popular dgn panggilan dak adik a.k.a boboi dtg kat aku n cakap ' L ada budak kirim salam kat ko' 'saper'? selamba je aku tanya tak tunjukkan minat langsung sbb takut kantoi kena tipu hidup2 ngan bebudak lelaki ni huhuhu. 'ala adalah' jwb N selamba gak 'ialah saper orgnya'? jwb aku balik jgk ngan selamba takder langsung nada minat dgn kisah 'kiriman salam' ni. 'ko ingat tak budak yg ambik hadiah hari tu?' tanya dak adik kat aku ' budak mana lak ni, laki ke perem?, cina ke melayu?' soklan siboboi aku jwb ngan soklan gak hehehe ' alah budak Rotu tu lah..budak melayulah' ''oooo budak tu ingat2' jwb aku dgn muka yg terkejut sekejap. Mana blh lupa sbb mcm aku bgtau tadi dialah satu2nya budak Melayu yg ambil hadiah. 'ok ko kirim salam balik kat dia arr' jawab aku selambar..langsung takde niat or minat nak tau pasal budak Rotu tu ialah at least tanya nama ke kan..hehehe. Esoknya lagi sekali siboboi datang kat aku 'L dia kirim salam' 'walaikumsalam..kim salam kat dia balik ek'...hehehe mcm tu jer lah kisah kiriman salam ni berlanjutan beberapa hari. And finally satu hari siboboi dtg kat aku 'L dia nak minta no phone ko blh ker?' 'nak buat apa lak' tanya aku masih x tunjukkan apa2 riaksi minat. 'dia nak kenal dgn ko' jwb dak adik. 'nantilah aku pikir dulu' selamba je jawapan aku. Sebenarnya dlm hati aku mmg takde minat pun nak kenal dgn dia. Tapi hari demi hari kiriman salam tetap aku terima dr dia sampaikan siboboi dah naik malas 'bagi je lah no phone ko kat dia, bukan nak buat apapun nak kenal2 je' keluh siboboi ni dah penat jadi org tengah..dia terpaksa sabau dgn aku sebabnya aku ni kawan baik awek dia hahahaha.
       Sambutan hari Deppavali semakin dekat...dan kiriman salam dr sidia tetap aku terima dan dia tetap x putus asa utk dptkan no phone aku. Tak tahulah apa yg dah merasuk aku hari tu bila terpandang kad raya Depavali tu terlintas sesuatu yg nakal dlm kepala ni. Aku beli sekeping kad Depavali dan dgn selamba je aku coretkan sesuatu ..(sygnye aku tak ingat apa yg aku tulis dlm kad tu) then kad tu aku bg kat siboboi utk diserahkan pd J..sumpah niat aku hanya utk bergurau. Dan tak sangka pulak kad aku tu berbalas jugak dgn sekeping kad depavali jugak hehehe. Tergelak aku bila aku terima kad tu rupa2nya pandai jugak dia bergurau. Dlm kad tu dia lekatkan sekeping gambar kartun perempuan bertudung dan dia pandai2 pulak tambah tahi lalat kat tepi bibir kartun tu...aku lah kononya tu hehehe. 'minta maaf sy tak blh nak panggil cik L ni 'kakak' atas sbb2 tertentu' itulah antara kata2 yg dicoretkan dlm kad tu hehehe..'sbb2 tertentu' ayat tu dah buatkan hati aku terdetik sesuatu.....dan hingga ke hari ini masih tersimpan elok kad depavali tu..(semalam lagi sekali aku baca kad tu...menitis lagi air mata ku !)

     Bermula dari kad depavali tu  perkenalan kami menjadi lebih mesra sebab akhirnya dia berjaya jugak dpt no phone aku. Dari hari pertama dia dpt no phone aku, dia tak pernah jemu bergayut kat public phone tiap2 mlm utk sembang dgn aku hehehe. Manis sgt2 bila dikenangkan detik2 tu. Perasaan yg indah bila mlm menjelang sbb tak sabar tunggu call dr dia. Walaupun setiap mlm kitaorg bersembang di phone tapi keesokan harinya di sek belum pernah sekalipun kitaorg berjumpa or dating. Sifat malu masih tebal dlm diri masing2. Pernah juga dia cuba nak berjumpa dgn aku, time tu aku ada aktiviti koku dan kebetulan cikgu persatuan yg aku join tu park kereta di asrama budak lelaki (J tinggal di asrama) aku perasan dia cuba datang dekat aku tapi sebabkan aku ni pemalu sgt2 so aku buat2 tak nampak dia yg dah dekat dgn aku time tu huhuhu. Sebenarnya dlm hati ni berdebar2 sgt bila tau dia makin dekat dgn aku. Tapi sbbkan diapun jenis yg malu2 so bila dia tgk aku mcm x perasan kat dia, dia pun terus blah je hehehe. So sweet malu2 tapi mahu. Tapi akhirnya kami dpt jugak berjumpa itupun hari paper last SPM dia. Penat jugak dia memujuk aku utk jumpa dan sbbkan lepas ni mungkin kami akan jarang bergayut lagi sebab dia akan ke KL utk kerja partime so akupun setuju utk jumpa. Kami jumpa di Grandstand Bandar Hilir (mmg port popular utk bebudak sek time tu) tapi aku taklah jumpa berdua je dgn dia confirm ada kawan2 yg temankan. Aku mmg malu giler bila jumpa dia tak tau lah kenapa, walhal dlm phone phone aku lah org yg paling rancak berbual selalu ada je idea utk ajak dia sembang lama hehehe. tapi bila face to face terus beku hahaha.(di sisi mu aku terdiam seribu bahasa, di hati ku bergetar sejuta rasa....lirik lagu nera Hatiku milik mu).
      Selepas SPM dia terus tinggal sementara di Kl  dgn kakak/abang dia dan keje partime kat sana. Hubungan kami tetap mcm biasa cuma jarang bergayut. Masih aku ingat lagi pd hari jadi aku yg ke 19thn dia hadiahkan aku sehelai tudung warna pink yg dikirm dr KL, itulah satu2nya hadiah yg dia pernah berikan pd ku (slps pindah ke kg puas aku cari tudung tu tapi tak jumpa sedangkan seingat aku, mmg aku simpan tudung tu). Selepas resullt SPM keluar dia sambung sekolah di STM semula di tingkatan 6 (dia kurang puas hati dgn keputusan SPM dia pangkat 2 tapi bg aku dah ok sgt pangkat 2 tu sbb dia aliran sains mmg bukan senang budak Melayu nak lulus SPM dr aliran sains). Hubungan kami kembali terjalin spt dulu bergayut je lah hehehe. Aku akuai dlm hati ni ada sedikit rasa cemburu bila dia naik ke form 6 sbbnya ialah dah tentu dia akan mula bercampur dgn bebudak perempuan...ada kerisauan di hati ni takut2 dia akan terpikat dgn pelajar perempuan lain hehehe. Tapi aku tak pernah nyatakan semua tu pd dia cover line lagi tu hehehe. Cuma utk tahukan samada dia dah jumpa seseorg yg lain aku selalu usik2 dia kononya dia bakal jumpa org baru nnti tapi dia tetap nafikan akan jadi perkara mcm tu. Masa ni hubugan kami masih lagi dianggap kwn biasa ataupun kakak angkat n adik angkat walaupun dlm hati masing2 dah lama wujud perasaan yg 'indah'. Hubungan 'adik angkat kakak angkat ' ni aku begitu jaga supaya tak terbongkar rahsia ni hendak2 kalau bebudak lelaki kelas aku yg tau mmg confirm kena kutuk. tapi dlm pada berahsiapun ada jugak yg tau tu. tetapi yg paling aku takleh lupa bila suatu hari tu aku dipanggil oleh ustazah Zaleha yg jugak merupakan cikgu kelas aku sendiri. Aku pun dgn selambanya pergilah ke bilik guru sbb aku pikir mgkin ada kerja2 yg ustazah nak aku bantu dia (aku penolong ketua kelas time tu) rupa2nya sangkaan aku meleset..tiba kat bilik guru ustazah aku terus suruh duduk sebelah dia..dlm hati aku apa hal ni tak penah pulak dia buat mcm ni sblm ni. bila aku dah duduk soalan yg terus keluar dr mulut dia 'betul ke awak skang ni berkawan dgn J?' ha'aaa ??terngaga kejap aku..mana taknyer yg tanya ni cikgu kelas aku ustazah pulak tu..adooii mati le aku camni sapa le dajal yg bocorkan rahsia ni.Kepala otak aku mula dah terfikir mcm2 hal yg tak diingini terutamanya bila terbayang muka mak ayah aku...mati ler kalau cikgu aku ni report kat mak ayah aku psl ni. Tapi bila fikirkan aku tak buat apa2 pun dgn J, sedangkan berjumpa pun susah apa lagi nak buat benda2 terlarang cuma yg nampak sgt bergayut kat phone tiap mlm lah, itupun mak ayah aku tau sbb dah tiap2 mlm dia call mak ayah aku tak larang cuma jgn lama2 gayut kat phone tu. aku dgn muka yg dah cuak jawab dgn perlahan je 'kawan biasa je cikgu', tetiba cikgu aku ni senyum2 kat aku mungkin dia tgk muka aku dah biru kot so dia rasa gelihati agaknya huhuhu. 'Jgn risau lah, sy bukan nak marah awak pun'...lagi sekali aku terperanjat, terkedu dlm kepala ni abis tu kalau tak marah naper pulak ek..cikgu aku ni boleh pulak bagi senyuman paling manis kat aku time tu pastu dia sambung lagi 'sebenarnya sy suka awak kawan dgn J' lg skali aku jadi tak tentu arah malu, suka , takut mcm2 rasa 'tapi kitaorg kawan biasa je cikgu' boleh lagi aku jawab tu tapi hati dah rasa lega sikit bila dgr ayat 'sy suka awak kawan dgn dia'. cikgu aku terus sambung ayat terakhir dia yg tetap aku ingat smapai bila2pun ' J tu anak murid sy jugak, sy tahu dia tu mcm orgnya, dia budak baik selalu masuk pertandingan musabaqah, ceramah, sy sokong awak kwn dgn dia' !! dgn kata lainyer cikgu aku ni sebenarnya telahpun 'mengompomkan' yg J mmg pilihan yg tepat utk aku dan dari senyuman dia aku blh jangkanya yg dia berharap satu hari nnti kami akan bertemu jodoh. Muka aku terus jadi panas menahan malu hehehe lepas dgr kata2 terakhir cikgu Zaleha tu ..maluuuuu tapi dlm hati ni rasa suka sgt sbb aku tak salah pilih kawan or teman hidup hehehe. Kata2 azimat cikgu aku tu aku simpan dlm hati , dgn J sendiripun aku tak pernah bagitau takut nnti dia kembang pulak hehehe. Tapi seandainya Allah bg aku kesempatan ingin aku ceritakan semuanya ini kepada J. Insyallah kalau ada kekuatan akan aku sambung lagi coretan ni..kisah 'tentang dia..tentang seseorg...

No comments: