Wednesday, March 30, 2016

Tentang dia

Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati
sempat terfikir utk kembali, walau beda akan ku jalani
tak ada niat utk berpisah dengan mu
Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati
apakah sama yang ku rasa ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat utk berpisah dengan mu

jika memang masih bisa mulut ku berbicara
santun kata yg ingin terucap kan ku dengar caci dah puji diri mu pd ku
kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali, seumpama ada jln utk kembali.....

antara lagu yang membuatkan  aku selalu menangis..setiap bait kata2 dlm lagu tu mmg terasa benar spt perjalanan kisah cinta silam ku...seumpama ada jln utk kembali.......

Assalamualaikum...sejak 2,3 hari ni aku teringin sangat utk coretkan sesuatu setelah coretan ku yg terakhir 4 tahun yg lalu ..Semuanya gara2 tragedi MH370. MH370? Apa kaitanya pulak dgn kisah aku?  Aku ingin coretkan sesuatu yg aku rasa..sesuatu tentang seseorang...sesuatu 'tentang dia'. ...siapakah 'dia' itu ?....

Tahun 1991 - di Sek Tinggi Melaka, aku antara pelajar yg bertuah terpilih utk bersekolah di sini dan di sinilah segala2nya bermula. Aku melangkahkan kaki ke STM sbg pelajar tingkatan 6. Di STM pelajar perempuan adalah golongan mainoriti sebab hanya di tingkatan 6 sahaja ada pelajar perempuan, bagi tingkatan 1 hingga 5 semuanya pelajar lelaki. Aku lalui hidup sbg budak sek di STM dlm dunia yg serba baru sebab sebelum ni pun aku bersekolah di sek men perempuan so memang takde langsung pengalaman bergaul dgn bebudak  lelaki. Lagi pulak dulu2 bukan mcm budak sek skang yg semuanya bebas takde segan silu antara lelaki perempuan. Tapi lama kelamaan aku semakin boleh membiasakan diri dan semakin selesa, seronok bersekolah di sini. Satu hari ada cikgu minta sesiapa yg boleh volunteer utk menjadi wakil utk mengambil hadiah bagi murid yg tak hadir ke sekolah bagi acara penyampaian hadiah tahunan. Aku yg masa tu memang sedang cuba utk meningkatkan self confident (aku mmg seorg yg pendiam n pemalu) setuju utk menjadi volunteer utk acara tu aku bersama dgn seorg teman ku Shila. Pada hari penyampaian kami diarahkan utk standby di belakang pentas bg menunggu giliran mengambil hadiah sbg wakil utk pelajar yg tak hadir. Semasa sedang menunggu tu aku jadi begang sebab kebanyakkan yg ambil hadiah tahunan tu semuanya pelajar bukan Melayu baik utk hadiah akademik,sukan ataupun kokurikulum. So sedang aku tgh membebel kat Shila pasal hal ni tetiba aku terpandang seorg budak lelaki Melayu yg lengkap berpakaian seragam Rotu. Aku tengok dia mcm cemas semacam je aku rasa dia nervous nak naik pentas tu mana taknya dia je satu2nya pelajar Melayu yg ada kat situ utk ambil hadiah. Tapi hati aku tetiba rasa seronok sgt bila terpandang dia..finally ada juga budak Melayu yg naik pentas. Dia perasan bila aku dan Shila pandang dia...masa dia tgk ke arah kami aku terus senyum kat dia dan bg thumbs up kat dia tanda aku sokong dia dan sbg ucapan tahniah.Dia hanya sengeh2 jer mungkin dlm hati dia pelik dgn perangai aku tu ialah bukanya dia kenal aku pun. Masa tiba giliran dia utk ambil hadiah dia lalu di depan aku dan shila masa tu aku sempat ucap kat dia 'tahniah dik' ...'adik'? yup sebab dia muda setahun dr aku..hehehe. Sebabkan beza umur setahun tu jugalah yg buatkan aku begitu daring tegur2 dia senyum2 bagai lagi siap ucap tahniah kononya sbb bebudak dr aku so apa yg nak disegankan lain arr kalau senior mmg taklah jawabnya aku nak beramah mesra camtu..kan ke aku ni pemalu orgnya..huhuhu. Dia sempat juga balas ucapan aku tu dgn sengehan dan ucapan terima kasih hehehe. Itulah dia pertemuan kami yg pertama kalinya .  So setakat tu je kisah aku dan dia di acara penyampaian hadiah tahunan tu. Aku takde langsung simpan dlm hati utk kenal siapa budak Rotu tu tadi sbb aku mmg ikhlas senyum kat dia, ikhlas bg thumbs up kat dia dan ikhlas ucap tahniah kat dia semuanya sebagai tanda sokongan kat dia sbg satu2nya budak Melayu yg dpt naik ke pentas tu.kalau kita ikhlas dgn perbuatan kita  biasanya kita tak kan ingat lagi apa2pun yg kita dah buat sblm tu kan.

       Hari2 selepas itu semuanya kembali mcm biasa. Tetiba satu hari sorg kawan kelas aku N atau lbh popular dgn panggilan dak adik a.k.a boboi dtg kat aku n cakap ' L ada budak kirim salam kat ko' 'saper'? selamba je aku tanya tak tunjukkan minat langsung sbb takut kantoi kena tipu hidup2 ngan bebudak lelaki ni huhuhu. 'ala adalah' jwb N selamba gak 'ialah saper orgnya'? jwb aku balik jgk ngan selamba takder langsung nada minat dgn kisah 'kiriman salam' ni. 'ko ingat tak budak yg ambik hadiah hari tu?' tanya dak adik kat aku ' budak mana lak ni, laki ke perem?, cina ke melayu?' soklan siboboi aku jwb ngan soklan gak hehehe ' alah budak Rotu tu lah..budak melayulah' ''oooo budak tu ingat2' jwb aku dgn muka yg terkejut sekejap. Mana blh lupa sbb mcm aku bgtau tadi dialah satu2nya budak Melayu yg ambil hadiah. 'ok ko kirim salam balik kat dia arr' jawab aku selambar..langsung takde niat or minat nak tau pasal budak Rotu tu ialah at least tanya nama ke kan..hehehe. Esoknya lagi sekali siboboi datang kat aku 'L dia kirim salam' 'walaikumsalam..kim salam kat dia balik ek'...hehehe mcm tu jer lah kisah kiriman salam ni berlanjutan beberapa hari. And finally satu hari siboboi dtg kat aku 'L dia nak minta no phone ko blh ker?' 'nak buat apa lak' tanya aku masih x tunjukkan apa2 riaksi minat. 'dia nak kenal dgn ko' jwb dak adik. 'nantilah aku pikir dulu' selamba je jawapan aku. Sebenarnya dlm hati aku mmg takde minat pun nak kenal dgn dia. Tapi hari demi hari kiriman salam tetap aku terima dr dia sampaikan siboboi dah naik malas 'bagi je lah no phone ko kat dia, bukan nak buat apapun nak kenal2 je' keluh siboboi ni dah penat jadi org tengah..dia terpaksa sabau dgn aku sebabnya aku ni kawan baik awek dia hahahaha.
       Sambutan hari Deppavali semakin dekat...dan kiriman salam dr sidia tetap aku terima dan dia tetap x putus asa utk dptkan no phone aku. Tak tahulah apa yg dah merasuk aku hari tu bila terpandang kad raya Depavali tu terlintas sesuatu yg nakal dlm kepala ni. Aku beli sekeping kad Depavali dan dgn selamba je aku coretkan sesuatu ..(sygnye aku tak ingat apa yg aku tulis dlm kad tu) then kad tu aku bg kat siboboi utk diserahkan pd J..sumpah niat aku hanya utk bergurau. Dan tak sangka pulak kad aku tu berbalas jugak dgn sekeping kad depavali jugak hehehe. Tergelak aku bila aku terima kad tu rupa2nya pandai jugak dia bergurau. Dlm kad tu dia lekatkan sekeping gambar kartun perempuan bertudung dan dia pandai2 pulak tambah tahi lalat kat tepi bibir kartun tu...aku lah kononya tu hehehe. 'minta maaf sy tak blh nak panggil cik L ni 'kakak' atas sbb2 tertentu' itulah antara kata2 yg dicoretkan dlm kad tu hehehe..'sbb2 tertentu' ayat tu dah buatkan hati aku terdetik sesuatu.....dan hingga ke hari ini masih tersimpan elok kad depavali tu..(semalam lagi sekali aku baca kad tu...menitis lagi air mata ku !)

     Bermula dari kad depavali tu  perkenalan kami menjadi lebih mesra sebab akhirnya dia berjaya jugak dpt no phone aku. Dari hari pertama dia dpt no phone aku, dia tak pernah jemu bergayut kat public phone tiap2 mlm utk sembang dgn aku hehehe. Manis sgt2 bila dikenangkan detik2 tu. Perasaan yg indah bila mlm menjelang sbb tak sabar tunggu call dr dia. Walaupun setiap mlm kitaorg bersembang di phone tapi keesokan harinya di sek belum pernah sekalipun kitaorg berjumpa or dating. Sifat malu masih tebal dlm diri masing2. Pernah juga dia cuba nak berjumpa dgn aku, time tu aku ada aktiviti koku dan kebetulan cikgu persatuan yg aku join tu park kereta di asrama budak lelaki (J tinggal di asrama) aku perasan dia cuba datang dekat aku tapi sebabkan aku ni pemalu sgt2 so aku buat2 tak nampak dia yg dah dekat dgn aku time tu huhuhu. Sebenarnya dlm hati ni berdebar2 sgt bila tau dia makin dekat dgn aku. Tapi sbbkan diapun jenis yg malu2 so bila dia tgk aku mcm x perasan kat dia, dia pun terus blah je hehehe. So sweet malu2 tapi mahu. Tapi akhirnya kami dpt jugak berjumpa itupun hari paper last SPM dia. Penat jugak dia memujuk aku utk jumpa dan sbbkan lepas ni mungkin kami akan jarang bergayut lagi sebab dia akan ke KL utk kerja partime so akupun setuju utk jumpa. Kami jumpa di Grandstand Bandar Hilir (mmg port popular utk bebudak sek time tu) tapi aku taklah jumpa berdua je dgn dia confirm ada kawan2 yg temankan. Aku mmg malu giler bila jumpa dia tak tau lah kenapa, walhal dlm phone phone aku lah org yg paling rancak berbual selalu ada je idea utk ajak dia sembang lama hehehe. tapi bila face to face terus beku hahaha.(di sisi mu aku terdiam seribu bahasa, di hati ku bergetar sejuta rasa....lirik lagu nera Hatiku milik mu).

Sunday, May 24, 2009

'MY HEART'

'My heart'....satu2nyer filem yang banyak meninggalkan kenangan manis buat ku setelah hampir 6 tahun aku tak merasakan kenangan manis sebegitu. Filem yang ditayangkan pada tahun 2006 ni akhirnya mencetuskan satu perasaan yg dah lama hilang dlm jiwa aku. Memang betul sepanjang 2006 tu adalah tahun yg banyak berlaku perubahan dlm hidup aku. Baik dalam kerjaya mahupun peribadi...semuanya indah.....dan saat ini sambil menaip diblog yg dah lama aku cuba jejaki ni sbb dah tak ingat addnye..heheh aku membuka utube filem 'Heart'...meremang bulu roma aku bila dgr lagu2 dlm filem ni...msh terasa2 saat manis thn 2006...

Thursday, November 20, 2008

rindu serindu rindunyer...

Pagi ni macam biasa bila aku mula je pegang stereng kereta automaticlly hati aku, fikiran aku terus melayang ke tempat lama..bila aku tengok jam 7.25 a.m ermmm kalau kat sana pun time2 macam ni lah aku akan kluar dari rumah kwn baik aku mesti dah tunggu kat bawah..lepas tu kitaorg akan naik satu kete tak kiralah samada kete aku atau dia. Lepas tu perkara pertama yg akan kitaorg buat ialah pegi hantar anak2 aku ke taska lepas tu barulah bergerak ke tempat keje. On the way tu setiap hari akan ade aje topic2 yg akan kitaorg ceritakan biasanye soal rumah tangga masing2lah, citer masalah kat tempat keje..(ngumpat boss ler yg paling best ..hehe pepagi dah cari dosa) tapi nak buat camner kan kalau tak diluahkan rasa mcm takleh nak bernafas lak..heheh.cerita pasal kawan2 kat opis yg macam2 ragam. Lepas tu bila tiba kat warung kakak yg kat tepi jln tu kitaorg akan berenti utk beli breakfast. Biasanyer kitaorg takkan berkira aku belanja dia or sebaliknyer...then perjalan diteruskan dan bual bicara semakin rancak dan laju selaju kete kitaorg memecut di atas jalan Pulau Meranti tu..hehhe...sepanjang aku berada di sana hampir 5 thn berulang alik dari umah aku ke tempat keje aku mmg suka sangat suasana pagi sepanjang jln tu. Tenang..indah..damai..waktu malam pun mcm tu jugak cantik sangat dengan kerlipan lampu2 jalan dan suasana malam yang sunyi dan damai....arrgggg aku rindu serindu rindunye semua tu.....aku tak kira rasanya esok aku akan balik jugak ke sana kejap utk lepaskan rindu ku pada semua yang ade di sana rindu pd ketenangan, kedamaian dan kemesraan kwn2 lama....

Wednesday, November 19, 2008

Bosan gilerrrr

memangpun aku tengah bosan sangat2 ni...keje pulak takde. email semuanya aku dah baca. nak chat..nanti ade pulak yg tukang sibuk2. tunggu dia online ermmm takdepun. semalam dah ler janji nak call tapi takde gak..frust gak aku tapi ialah sape lah aku ni kan...tapi aku tetap tengah boringggg gilerrrr ni

Monday, November 17, 2008

Cepatlah masa berlalu...

hari ni merupakan hari kedua aku di tempat baru ni..tempat baru? Ermm susah nak ku rungkaikan tentang perkataan 'tempat baru' ...sebab aku dibesarkan di sini bermakna tempat ini bukan asing bagi ku tapi entahlah sejak aku menerima tawaran utk pulang semula ke sini aku tiba2 terasa asing dgn tempat ni. Mungkin semua kerana apa yang telah aku lalui 17 thn yg lalu yg menjadikan aku merasa begitu terasing dgn tempat aku membesar sendiri. Hai masa cepatlah kau berlalu agar aku boleh menerima semua keterasingan ini dgn cepat dan semoga yg asing ini akan segera bertukar menjadi seperti biasa.....