Pagi ni macam biasa bila aku mula je pegang stereng kereta automaticlly hati aku, fikiran aku terus melayang ke tempat lama..bila aku tengok jam 7.25 a.m ermmm kalau kat sana pun time2 macam ni lah aku akan kluar dari rumah kwn baik aku mesti dah tunggu kat bawah..lepas tu kitaorg akan naik satu kete tak kiralah samada kete aku atau dia. Lepas tu perkara pertama yg akan kitaorg buat ialah pegi hantar anak2 aku ke taska lepas tu barulah bergerak ke tempat keje. On the way tu setiap hari akan ade aje topic2 yg akan kitaorg ceritakan biasanye soal rumah tangga masing2lah, citer masalah kat tempat keje..(ngumpat boss ler yg paling best ..hehe pepagi dah cari dosa) tapi nak buat camner kan kalau tak diluahkan rasa mcm takleh nak bernafas lak..heheh.cerita pasal kawan2 kat opis yg macam2 ragam. Lepas tu bila tiba kat warung kakak yg kat tepi jln tu kitaorg akan berenti utk beli breakfast. Biasanyer kitaorg takkan berkira aku belanja dia or sebaliknyer...then perjalan diteruskan dan bual bicara semakin rancak dan laju selaju kete kitaorg memecut di atas jalan Pulau Meranti tu..hehhe...sepanjang aku berada di sana hampir 5 thn berulang alik dari umah aku ke tempat keje aku mmg suka sangat suasana pagi sepanjang jln tu. Tenang..indah..damai..waktu malam pun mcm tu jugak cantik sangat dengan kerlipan lampu2 jalan dan suasana malam yang sunyi dan damai....arrgggg aku rindu serindu rindunye semua tu.....aku tak kira rasanya esok aku akan balik jugak ke sana kejap utk lepaskan rindu ku pada semua yang ade di sana rindu pd ketenangan, kedamaian dan kemesraan kwn2 lama....
Thursday, November 20, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Bosan gilerrrr
memangpun aku tengah bosan sangat2 ni...keje pulak takde. email semuanya aku dah baca. nak chat..nanti ade pulak yg tukang sibuk2. tunggu dia online ermmm takdepun. semalam dah ler janji nak call tapi takde gak..frust gak aku tapi ialah sape lah aku ni kan...tapi aku tetap tengah boringggg gilerrrr ni
Tuesday, November 18, 2008
Monday, November 17, 2008
Cepatlah masa berlalu...
hari ni merupakan hari kedua aku di tempat baru ni..tempat baru? Ermm susah nak ku rungkaikan tentang perkataan 'tempat baru' ...sebab aku dibesarkan di sini bermakna tempat ini bukan asing bagi ku tapi entahlah sejak aku menerima tawaran utk pulang semula ke sini aku tiba2 terasa asing dgn tempat ni. Mungkin semua kerana apa yang telah aku lalui 17 thn yg lalu yg menjadikan aku merasa begitu terasing dgn tempat aku membesar sendiri. Hai masa cepatlah kau berlalu agar aku boleh menerima semua keterasingan ini dgn cepat dan semoga yg asing ini akan segera bertukar menjadi seperti biasa.....
Subscribe to:
Comments (Atom)
